Sunday, October 3, 2010

Maid Maiden Tuesday

maid maiden tuesday
haloo !! entry kali ni mo cerita pasal komik kegemaranku..........hehe. btw, ini salah satu komik yg aku rasa best la pengisiannya by KAORU..of cozz my fevret kartunis is Kaoru, selain Keith & Zint. Komik ni pasal cinta-cinta..walaupun just komik, tp feeling jugak la kalo membaca.....haha. aku 3x suda khatam komik ni..balik2 di baca memang syiokk !!Thanx Kaoru !! :D Maid maiden Tuesday ni kesinambungan dari maid maiden yg pertama iaitu "maid maiden monday" . title pun mcm best jak bunyinya sebab pakai hari2 dlm 1 minggu. hekhek! pasnie mungkin akan kuar " Maid Maiden Wednesday" lak ! cant wait......................:))

okehh..berbalik kepada MM tuesday ni, jalan cerita kali ni agak baik dan memuaskan hati. kalo MM monday tu, ceta dia banyak pasal heroin utama c ALIVIA. tentang masalah family nya yg di isytiharkan muflis yg pada mulanya adalah golongan kaya raya. by the way, dlm MM tuesday ni, sinopsis cerita sgt menarik apabila Alivia menjadi cewek rebutan oleh 2 jejaka hensem lagi bergaya. auww! sgt mengujakan. hehe. sepa mereka?? BENNET dan SHAWN. diorang la ni yg berebut2 untuk mendapatkan Alivia. Bennet ni merupakan waris kepada pengasas Adam  Gordon  High School dimana tempat Alivia bersekolah. Dia suruh c Alivia tinggal di rumahnya bila dapat tau Alivia tiada tempat tinggal. Tp pada masa yg sama, dia ni terserlah jugak buruk perangai nya apabila yg sebenarnya ada motif lain dia suruh Alivia tinggal di rumahnya. Dia mempergunakan Alivia yg miskin untuk jd girlfrennya..huhu. Selain tu, Alivia jadi maid jugak la di rumahnya itu. Shawn pulak ialah kawan baik c Bennet sejak kecil. Hubungan dorang memang baik tp sejak ada c Alivia ni, pandai suda dorang begadu2. masing2 mau dapatkan Alivia. Shawn ni orangnya agak mesra & gentleman. tak macam c Bennet..dingin,jual mahal, trepp hensem...tp memang hensem pun! tu cover komik tu dia la tu..ekekeke..

Pada majlis hari jadi Putera Bennet, Alivia dibawa untuk di temukan dengan org tua Bennet. Tujuan sebaenar c Bennet ni ialah mau mengumumkan pertunangan dia ngan Alivia. Tp,pada masa yg sama...ibu bapa Bennet juga ingin mengumumkan pertunangan putera mereka dgn gadis pilihan keluarga itu. Gadis yg dimaksudkan ialah DOROTHY. Dia ni adek kepada Shawn. Tp Bennet tidak menyukai Dorothy sebab dia anggap Dorothy mcm adekk dia sahaja. c Dorothy plak beperasaan suka sama c Bennet. hurmmm....Tu sebab la dia pergunakan Alivia untuk menyamar jadi girlfren dia..untuk mengelak daripada Dorothy. Tp pada masa yg sama, dia juga memang suda jatuh cinta dgn Alivia..tp tau la kalo lelaki ego, mana la mo mengaku. huhu. c Shawn ni pulak, bukan jujur pun suka ngan Alivia..sebabnya?? Dia tak mo Alivia jadi pengganggu hubungan Dorothy dan Benneth. So, dats why dia sanggup rebut Alivia drpd Bennet pastu hanya belakon semata2 yang dia tu menyukai Alivia. Last nanti, baru lah tebongkar suma nya dan c Alivia pun baru tau yg Shawn cuma pergunakan dia jak.errggghh! bikin panas ni ! kesian betul ni pompuan...dipergunakan saja.huuuu..

Tapi, tym yang mo umumkan pertunangan tu, Alivia membantah sekeras-kerasnya sebab dia telah  termakan pujukan Shawn supaya dorang hidup bersama. Bennet tersangat2 la kecewa..sebab tym tu dia memang suda sukak ngan Alivia betul2. Tp c Alivia ni plak buat perangai. Gara-gara tu, Bennet dimarah oleh orang tuanya. Alivia plak melarikan diri. Then, dia dijumpai oleh seorang lagi watak baru iaitu TAYLOR. Taylor ni butler di kediaman Bennet. apa tu butler?? butler ni kira macam ketua pelayan la..tp Alivia tak tau yg c Taylor ni ada kaitan ngan Bennet. Last2, Taylor bawa Alivia kerumahnya. alangkah terkejutnya apabila rumah yg dorang pegi tu adalah rumah Bennet !! nahhh di situ la mati nyaaa...semua pun jadi huru hara..huhu..

So, di sinila penghabisan cerita nya...pasti ada sambungan di Maid Maiden Wednesday.......XDXD..nantikan!:)

1 comment:

zuraa said...

eh same la, zura pown minat maid maiden jugak :)