Monday, October 18, 2010

with my Besties....Wana

Assalamualaikum......:))

ermmmm..pagi ni aku buka blog..terasa ingin mau share sumthing setelah lama tidak melihat blogku ini. lama kah? ermm ada lah lebih kurang 4 hari...coz why? last week,aku telah pergi ke Kota Kinabalu selama 3 hari..cuma jalan2 disana & bertemu dgn orang-orang kesayanganku...:P antaranya,one of my best friend, Shafwanah Farhana aka Wana...aku menghabiskan masa selama setengah hari bersama dia (sebab lama suda tidak jumpa). tak jugak la setengah hari..sampai malam gak kami bersama2..coz paginya tu aku ada urusan d Uitm,sekolahku...:))

ini antara gambar-gambar yang sempat kami amik...sila tengok dan tengok...:P






Tuesday, October 12, 2010

i really want it ):

i like this very muchh !! adoiiii...bila la aku bole dapatkan ni benda..hurmmmm..










haaa...ini lah payung yang tiada dijual di kedai berhampiran.....sungguh bertuah bagi sesiapa yg memiliki payung ini ! errghhhhh....i want !!! word + color (good combination) :))

























ouchhhh!! sungguh nyaman kalo aku boleh dapatkan t-shirt2 ini...........perrghhhh!





waaaa........i really really want it !!!!!!! my dream BAG.........uhuk uhuk uhukkk...






ini adalah aksesori tempat CD....fuhhh chantekk !!









topi topi topi................!! sangat suka !! :))
















♥ bear UPRISING 

Monday, October 11, 2010

Peringatan utk kaum wanita!!!

HATI2 DENGAN 'CERMIN' DI HADAPAN ANDA BILA MENCUBA PAKAIAN BARU DI DALAM BILIK SALIN PAKAIAN DI KEDAI2 ATAU SHOPPING KOMPLEX ATAU ANDA BERADA DI TANDAS2 AWAM DAN HOTEL2


Ketika kita masuk ke toilet, bilik mandi, bilik hotel, ruang ganti pakaian, dan lain-lain, seberapa besar anda yakin bahawa cermin yang tergantung di dinding dan kelihatannya seperti cermin biasa itu memang benar-benar cermin biasa, atau sebenarnya itu adalah cermin dua arah (orang di belakang cermin boleh melihat anda, sementara anda tidak dapat melihat mereka).

Banyak tempat di mana orang memasang cermin 2 arah di dalam ruang ganti pakaian wanita, namun tidak menutup kemungkinan juga di ruang ganti lelaki. Adalah sangat sulit untuk secara jelas mengindentifikasi permukaannya hanya dengan melihatnya saja. Saatnyalah kita untuk berhati-hati. Jadi, bagaimana kita dapat menentukan dengan pasti apakah cermin tersebut adalah cermin biasa atau cermin dua arah?.Kalau di bilik polis, iaitu di ruang soal siasat, sudah dapat dipastikan cerminnya dua arah tapi untuk di kawasan tumpuan awam :

LAKUKANLAH TEST SEDERHANA (TEST KUKU JARI) Letakkan ujung kuku anda di atas permukaan cermin. Jika ada jarak (gap) antara kuku anda dan bayangan kuku anda di cermin, dapat dikatakan bahwa cermin itu adalah cermin biasa (selamat). Tetapi, jika kuku anda terus menyentuh bayangan kuku anda di cermin, hati-hatilah, kerana benda itu adalah cermin 2 arah ! Kerana itu ingatlah selalu, setiap kali anda melihat cermin di tempat-tempat umum seperti disebutkan di atas, lakukanlah "TEST KUKU JARI".

Tidak perlu membayar. Mudah dilakukan, dan ini mungkin boleh menyelamatkan diri anda dari "PERKOSAAN VISUAL" !

Para wanita : beritahu teman-teman anda yang lain. 
Para lelaki: beri tahu isteri, anak perempuan atau teman wanita anda mengenai tips ini! 

Sunday, October 10, 2010

11 oct 2010

Assalamualaikum & Selamat Pagi.......errgghh pagi ni tidur aku mcm ndak betul jak...bukan macam,tapi memang ndak betul ! KURANG TIDUR. Semalam aku tidur jam 2 am pagi gara-gara online.  Pastu bangunnya jam 5.30 am utk solat subuh. Pastu sambung tidur balik..itupun ndak lama. Jam 7 bangun balik. How the pain of my life...LACK of SLEEP !errgghh sabar jak la...

Jadi,macam besa lah...kalo suda bangun awal,online nya pun awal la jugak kan..As usual, facebook & breakfast blog so important in my daily routine. HAHA. tidak dapat dipisahkan..begini lah kehidupan seorang manusia yang tidak bergelar pelajar, online 24 jam. macam suda pekerja d Cyber tu kan. hehe.

ermm..ntah apa la aktiviti aku hari ni..pandai boring jugak if every day online.mau jalan?? pehhh lagi la aku malas. bagus lagi stay2 drumah. Lagipun kalo bejalan, teda kawan. tiada makna berjalan kalo tiada kawan. kawan-kawan ku suma nya tengah sibuk belajar skrg memandangkan hujung bulan ni suda final exam. Can't wait for their semester break ! :)





Friday, October 8, 2010

renungan bersama : kerana mulut badan binasa

Assalamualaikum & Salam Peringatan,



Baca dan hayati sepenuhnya cerita di bawah ini yang benar-benar berlaku di BUMI ISLAM sendiri iaitu Iskandariah,Mesir.Moga kisah dibawah ini cukup menyayat hati anda sehingga menyedarkan anda dari terus leka dengan permainan dunia yang melalaikan.

Pada suatu hari, seorang gadis yang terpengaruh dengan cara hidup masyarakat Barat menaiki sebuah bas mini untuk menuju ke destinasi di wilayah Iskandariah. Malangnya walaupun tinggal di bumi yang terkenal dengan tradisi keislaman, pakaian gadis tersebut sangat menjolok mata.Bajunya agak nipis dan seksi hampir terlihat segala yang patut disembunyikan bagi seorang perempuan daripada pandangan lelaki ajnabi atau mahramnya.

Gadis itu dalam lingkungan 20 tahun. Di dalam bas itu, ada seorang tua yang dipenuhi uban menegurnya: "Wahai pemudi! Alangkah baiknya jika kamu berpakaian yang baik, yang sesuai dengan ketimuran dan adat serta agama Islam kamu, itu lebih baik daripada kamu berpakaian begini yang pastinya menjadi mangsa pandangan liar kaum lelaki.... " nasihat orang tua itu.

Namun, nasihat yang sangat bertetapan dengan tuntutan agama itu dijawab oleh gadis itu dengan jawapan yang mengejek: "Siapalah kamu hai orang tua? Adakah kamu cuba nak ingatkan aku supaya menutup aurat sepenuhnya sedangkan bapa kandungku sendiri tidak pernah menasihatiku?Apakah kamu mahu aku berpakaian menutup aurat sedangkan aku masih mahu bebas menayangkan tubuh badan ku di khalayak ramai?Apakah di tangan kamu ada anak kunci syurga? Atau adakah kamu memiliki sejenis kuasa yang menentukan aku bakal berada di syurga atau neraka?" Setelah menghamburkan kata-kata yang sangat menghiris perasaan orang tua itu, gadis itu tertawa mengejek panjang. Tidak cukup setakat itu, si gadis lantas cuba memberikan telefon bimbitnya kepada orang tua tadi sambil melafazkan kata-kata yang lebih dahsyat. " Jika ISLAM itu BENAR,tempatkan bilikku di Neraka ,Ambil handphone ku ini dan hubungilah Allah serta tolong tempahkan sebuah bilik di neraka jahanam untukku," katanya lagi lantas ketawa berdekah-dekah tanpa mengetahui bahawa dia sedang mempertikaikan hukum Allah dengan begitu biadab.

Orang tua tersebut sangat terkejut mendengar jawapan daripada si gadis manis. Sayang sekali,  wajahnya yang ayu tidak sama dengan perilakunya yang buruk. Penumpang-penumpang yang lain turut terdiam malah ada yang menggelengkan kepala kebingungan. Semua yang di dalam bas tidak menghiraukan gadis muda yang tidak menghormati hukum-hakam agama itu dan mereka tidak mahu menasihatinya kerana khuatir dia akan akan menghina agama dengan lebih teruk lagi.

Sepuluh minit kemudian bas pun tiba di perhentian. Gadis seksi bermulut celupar tersebut tertidur di muka pintu bas. Puas pemandu bas termasuk para penumpang yang lain mengejutkannya tapi gadis tersebut tidak sedarkan diri. Tiba tiba orang tua tadi memeriksa nadi si gadis. Sedetik kemudian dia menggeleng-gelengkan kepalanya. Gadis itu telah kembali menemui Tuhannya dalam keadaan yang tidak disangka. Para penumpang menjadi cemas dengan berita yang menggemparkan itu. Dalam suasana kelam kabut itu, tiba tiba tubuh gadis itu terjatuh ke pinggir jalan. Orang ramai segera berkejar untuk menyelamatkan jenazah tersebut. Tapi sekali lagi mereka terkejut. Sesuatu yang aneh menimpa jenazah yang terbujur kaku di jalan raya. Mayatnya menjadi hitam seolah-olah dibakar api. Dua tiga orang yang cuba mengangkat mayat tersebut juga kehairanan kerana tangan mereka terasa panas dan hampir melecur sebaik saja menyentuh tubuh si mayat. Akhirnya mereka memanggil pihak keselamatan menguruskan mayat itu.

Begitulah kisah ngeri lagi menyayat hati yang menimpa gadis malang tersebut. Apakah hasratnya menempah sebuah bilik di neraka dimakbulkan Allah? Na'uzubillah, sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa di atas segala sesuatu. Sangat baik kita jadikan iktibar dan pelajaran dengan kisah benar ini sebagai Muslim sejati. Jangan sesekali kita mempertikaikan hukum Allah mahupun sunnah RasulNya s.a.w. dengan mempersendakan atau mengejek. Kata kata seperti ajaran Islam tidak sesuai lagi dengan arus kemodenan dunia hari ini atau sembahyang tidak akan buat kita jadi kaya dan seumpamanya adalah kata-kata yang sangat biadab dan menghina Allah, pencipta seluruh alam.

Ingatlah teman, kita boleh melupakan kematian, tetapi kematian tetap akan terjadi kepada kita. Hanya masanya saja yang akan menentukan bila kita akan kembali ke alam barzakh. Janganlah menjadi orang yang bodoh, siapakah orang yang bodoh itu? Mereka itulah orang yang ingin melawan Tuhan Rabbul 'alamin. Apabila anda enggan melaksanakan suruhan Tuhan bererti anda ingin melawan arahan Tuhan.

Sewaktu di sekolah anda tertakluk dengan undang-undang sekolah, dalam pekerjaan anda tertakluk dengan undang-undang yang dilakar oleh majikan anda, di dalam negeri anda tertakluk di bawah undang-undang negara anda. Begitu taksub sekali anda terhadap undang-undang itu sehingga terlalu prihatin takut kalau melanggar undang-undang tersebut . Apabila anda berpijak di bumi ini, anda juga tertakluk dengan undang-undang yang telah di gubal oleh yang pemilik yang menjadikan bumi ini.

Setiap Sultan ada taman larangannya, begitu juga Allah s.w.t. taman laranganNya adalah perkara-perkara yang telah diharamkan bagi hamba-hambaNya di muka bumi ini. Sama samalah kita memohon agar Allah sentiasa memberi kita petunjuk di atas jalan yang benar dan agar Dia memberikan kekuatan agar kita sentiasa dapat menjaga lidah kita, amin.




Thursday, October 7, 2010

Q & A




Do you like pepsi or coke?

~ i prefer coke........sedap! :))

hari ni ko ada menonton movie?
~ yupp...aku tengok piranha....fuhhh gilaaa......

What role would you play in horror movie?
~ saya mau jadi vampire..............

Who is your favorite cartoon character?
~ Cuddles ( Happy Tree Friend )

I am happy when i........
~ when i see your smile :) imy so muchhh

Lagu apa yang ko dengar sekarang?
~ Can't take my eyes of u ( MUSE )

If you could meet any celebrity, who would it be?
~ Jessica Alba..i totally like her !! :))

New York or New Zealand?
~ New Zealand

Were you Micheal Jackson fan?
~ nope...tapi lagu-lagu nya aku suka la :)

Jika anda dapat jodoh orang semenanjung, apa kata anda?
~its okay with me..yang penting itu cinta..HAHA :P

Fastfood apa ko paling suka??
~semestinya...McD...im lovin it !

Tulis pakai tangan kanan or kiri?
~ kanan....coz im not cacat to use kiri..haha kidding :))

Pernah jadi repeaters?
~of cozz...hahaha. terlalu "bijak"


Sepa yang ko rindu saat ini?
~ someone in my heart...sesungguhnya aku sangat merindui dia. errghh! tapi mungkin dia tak rindu aku..huhu sedi...):


Brand ko paling minat?
~ ROXY


Favourite Band?
~MUSE,My Chemical Romance,Greenday,All American Reject,Red Jumpsuit Apparatus


BFF?
~ Piyangka, Wana, Riby, iLy, Leng, Fasha, Diok, Kasze, Leezy


Color apa ko paling sukak di dunia? nyatakan sebab?
~Putih & Hitam
aku memang suka warna putih......dari aku kecik lagi...banyak2 warna, putih jugak la jadi pilihanku. Then, partner nya hitam..pun aku suka! sebab ermmm look gojess.....kehkeh












Tuesday, October 5, 2010

saya mau sekolah ):

Assalamualaikum & salam sejahtera kepada semua pelawat a.k.a pengunjung blog saya.......:))

Malam ni..sungguh indah sekali..bukak facebook, tenampak la gambar-gambar all of my fwen yg sedang seronok mengikuti pelajaran diorang disana..ada gambar ke pulau, gambar dinner dan sebagainya. Pastu, tengok gik post2 diorang diskus pasal assignment..kuiz..test..exam..ouhh sgt menyentuh perasaanku! Sesungguhnya aku sangat merindui untuk kembali ke sekolah..buat assignment...presentation..kuiz test & sebagainya...tapi apakan daya..sekarang aku jadi penghuni rumah sepenuh masa...hii~  Next disember,waiting for my convocation ceremony di UiTM Shah Alam. can't wait !! :)) mungkin sekarang adalah masanya untuk aku berehat secukup2nya..dan kepala otak aku belum bole terima pelajaran! Tapi sekarang aku semangat suda mau menyambungkan pelajaran ku ke peringkat ijazah sarjana muda sains pentadbiran & pengajian polisi atau pendek katanya dikenali sebagai BASc (Bachelor in administration science). Sebelum ni, ak amik kursus diploma Pentadbiran awam selama 3 tahun d UiTM Sabah...UiTM dihatiku...sgt sesuai dengan lagu tema kami itu yg tajuknya "UiTM dihatiku". ouhhhh sesungguhnya aku sangat merindui UiTM !!! Tepaksa la masok Uitm bulan julai tahun depan..adehh sedihnya! sebab? aku telupa isi application untuk pengambilan bulan disember ni. Adoiyaiii!~ keja gilakk oo begini..kalo kawanku c wana tau, mati akuu..mesti dia kecewa..sebab dia yg balik2 kasi ingat aku isi tu uitm..tapi telupa jak aku..wuwuwu. SORRY my dear friend !! its okay...next year bulan 7 kita jumpa ehh..insyaAllah ada suda aku tu..kalo umur ku masi panjang..:)

Sila melihat foto-foto di bawah (foto kenangan semasa di UiTM) :

abis exam paper LAW : semangat menjawab :)
tunggu bas...( muka skema2 lagi ) ahaha

baru abis class..terus begambar. hihi


Love Love is about Love.....




Have u ever been in LOVE??  Horrible isn't it? For me....it makes me so vulnerable. It opens my chest and it opens up my heart and it means that someone can get inside me and mess me up....huhhh. I build up all these defenses, i build up a whole suit of armor...so that nothing can hurt me, then one stupid person i guess (no different from any other stupid person) wanders into my stupid life...I GIVE HIM A PIECE OF ME...He didn't ask for it. He did something dumb one day like kiss or smile at me...and then my life isn't my own anymore..):


Loves takes hostages. It gets inside me. It eats me out and leave me crying in the darkness, so simple a phrase like "maybe we should be just friends" turns into a glass splinter working its way into my heart !!! Not just in the imagination....not just in the mind...Its a soul heart, a real gets inside me and rips me apart again. I really-really Hate Love..




Sunday, October 3, 2010

Maid Maiden Tuesday

maid maiden tuesday
haloo !! entry kali ni mo cerita pasal komik kegemaranku..........hehe. btw, ini salah satu komik yg aku rasa best la pengisiannya by KAORU..of cozz my fevret kartunis is Kaoru, selain Keith & Zint. Komik ni pasal cinta-cinta..walaupun just komik, tp feeling jugak la kalo membaca.....haha. aku 3x suda khatam komik ni..balik2 di baca memang syiokk !!Thanx Kaoru !! :D Maid maiden Tuesday ni kesinambungan dari maid maiden yg pertama iaitu "maid maiden monday" . title pun mcm best jak bunyinya sebab pakai hari2 dlm 1 minggu. hekhek! pasnie mungkin akan kuar " Maid Maiden Wednesday" lak ! cant wait......................:))

okehh..berbalik kepada MM tuesday ni, jalan cerita kali ni agak baik dan memuaskan hati. kalo MM monday tu, ceta dia banyak pasal heroin utama c ALIVIA. tentang masalah family nya yg di isytiharkan muflis yg pada mulanya adalah golongan kaya raya. by the way, dlm MM tuesday ni, sinopsis cerita sgt menarik apabila Alivia menjadi cewek rebutan oleh 2 jejaka hensem lagi bergaya. auww! sgt mengujakan. hehe. sepa mereka?? BENNET dan SHAWN. diorang la ni yg berebut2 untuk mendapatkan Alivia. Bennet ni merupakan waris kepada pengasas Adam  Gordon  High School dimana tempat Alivia bersekolah. Dia suruh c Alivia tinggal di rumahnya bila dapat tau Alivia tiada tempat tinggal. Tp pada masa yg sama, dia ni terserlah jugak buruk perangai nya apabila yg sebenarnya ada motif lain dia suruh Alivia tinggal di rumahnya. Dia mempergunakan Alivia yg miskin untuk jd girlfrennya..huhu. Selain tu, Alivia jadi maid jugak la di rumahnya itu. Shawn pulak ialah kawan baik c Bennet sejak kecil. Hubungan dorang memang baik tp sejak ada c Alivia ni, pandai suda dorang begadu2. masing2 mau dapatkan Alivia. Shawn ni orangnya agak mesra & gentleman. tak macam c Bennet..dingin,jual mahal, trepp hensem...tp memang hensem pun! tu cover komik tu dia la tu..ekekeke..

Pada majlis hari jadi Putera Bennet, Alivia dibawa untuk di temukan dengan org tua Bennet. Tujuan sebaenar c Bennet ni ialah mau mengumumkan pertunangan dia ngan Alivia. Tp,pada masa yg sama...ibu bapa Bennet juga ingin mengumumkan pertunangan putera mereka dgn gadis pilihan keluarga itu. Gadis yg dimaksudkan ialah DOROTHY. Dia ni adek kepada Shawn. Tp Bennet tidak menyukai Dorothy sebab dia anggap Dorothy mcm adekk dia sahaja. c Dorothy plak beperasaan suka sama c Bennet. hurmmm....Tu sebab la dia pergunakan Alivia untuk menyamar jadi girlfren dia..untuk mengelak daripada Dorothy. Tp pada masa yg sama, dia juga memang suda jatuh cinta dgn Alivia..tp tau la kalo lelaki ego, mana la mo mengaku. huhu. c Shawn ni pulak, bukan jujur pun suka ngan Alivia..sebabnya?? Dia tak mo Alivia jadi pengganggu hubungan Dorothy dan Benneth. So, dats why dia sanggup rebut Alivia drpd Bennet pastu hanya belakon semata2 yang dia tu menyukai Alivia. Last nanti, baru lah tebongkar suma nya dan c Alivia pun baru tau yg Shawn cuma pergunakan dia jak.errggghh! bikin panas ni ! kesian betul ni pompuan...dipergunakan saja.huuuu..

Tapi, tym yang mo umumkan pertunangan tu, Alivia membantah sekeras-kerasnya sebab dia telah  termakan pujukan Shawn supaya dorang hidup bersama. Bennet tersangat2 la kecewa..sebab tym tu dia memang suda sukak ngan Alivia betul2. Tp c Alivia ni plak buat perangai. Gara-gara tu, Bennet dimarah oleh orang tuanya. Alivia plak melarikan diri. Then, dia dijumpai oleh seorang lagi watak baru iaitu TAYLOR. Taylor ni butler di kediaman Bennet. apa tu butler?? butler ni kira macam ketua pelayan la..tp Alivia tak tau yg c Taylor ni ada kaitan ngan Bennet. Last2, Taylor bawa Alivia kerumahnya. alangkah terkejutnya apabila rumah yg dorang pegi tu adalah rumah Bennet !! nahhh di situ la mati nyaaa...semua pun jadi huru hara..huhu..

So, di sinila penghabisan cerita nya...pasti ada sambungan di Maid Maiden Wednesday.......XDXD..nantikan!:)

pria terhebat : Matthew Bellamy






adakah anda kenal gambar2 di atas?? ni lah dia bakal2 merangkap boipren baru ku..ahakss!! haha..main2 jak ba..ni c MATTHEW BELLAMY...vokalis fevret band aku, MUSE. ak minat gila2 sama dia ni...suara nya syiokk..muka pun bole tahan..banyak org cakap ensem..memang pun!! :D

ermm..apa mo ceta pasal dia ni ar?? ndakda pa2 jugak..saja jak ku letak dia sebagai entry post aku hari ni..bosan kan ndak tau apa mo buat..hehe. yg pastinya ada orang JELESSS di blog mahupun facebook. dia cakap ni gay partner nya! ahahaha! encek mazeer..anda diharap besabar okehh..Justin Bieber ada, Adam Lambert pun ada..pilih2 jak mana ko mau ! tak payah berebut2 sama aku....ahahaaaaaaa....jangan marah nanti ko kena jual......:D



nahhh..sampai sini saja la ucapanku..panjang2 ku tulis nanti bosan plak kamu membaca nya kan..hii~ wabillahi taufik walhidayah..wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..peace no war !! :))

Friday, September 10, 2010

selamat hari raya !! :))


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI..MAAF ZAHIR & BATIN~ yehhhh !!hari ni 10 september 2010, tiba masanya umat islam menyambut hari paling bahagia setelah genap 30 hari berpuasa. alhamdulillah...syukur ke atas nikmat yg engkau berikan ya ALLAH. seperti biasa, pagi raya memang suda tugas kemas2 ruma. raya taun ni memang ndak dapat sembayang raya. sebab tercuti. haha. so raya 1st, wajib bertandang ke rumah nenek dulu,nenek sebelah ibuku. dari kecik smpai la suda besar ni. kalau dulu memang meriah sebab semua dapat berkumpul sama2. skrg ni agak kurang meriah sedikit sbb kedua2 atok dan nenekku telah pergi menghadap ilahi.

Saturday, September 4, 2010

17 july 1988

Your date of conception was on or about 25 October 1987 which was a Sunday.

You were born on a Sunday
under the astrological sign Cancer.
Your Life path number is 5.

Your fortune cookie reads:
None of the secrets of success will work unless you do.

Life Path Compatibility:
You are most compatible with those with the Life Path numbers 1, 5 & 7.
You should get along well with those with the Life Path numbers 3 & 9.
You may or may not get along well with those with the Life Path number 8.
You are least compatible with those with the Life Path numbers 2, 4, 6, 11 & 22.

The Julian calendar date of your birth is 2447359.5.
The golden number for 1988 is 13.
The epact number for 1988 is 11.
The year 1988 was a leap year.

Your birthday falls into the Chinese year beginning 2/17/1988 and ending 2/5/1989.
You were born in the Chinese year of the Dragon.

Your Native American Zodiac sign is Woodpecker; your plant is Wild Rose.

You were born in the Egyptian month of Paopy, the second month of the season of Poret (Emergence - Fertile soil).

Your date of birth on the Hebrew calendar is 3 Av 5748.
Or if you were born after sundown then the date is 4 Av 5748.

The Mayan Calendar long count date of your birthday is 12.18.15.3.15 which is
12 baktun 18 katun 15 tun 3 uinal 15 kin

The Hijra (Islamic Calendar) date of your birth is Sunday, 2 Dhi'l-Hijjih 1408 (1408-12-2).

The date of Easter on your birth year was Sunday, 3 April 1988.
The date of Orthodox Easter on your birth year was Sunday, 10 April 1988.
The date of Ash Wednesday (the first day of Lent) on your birth year was Wednesday 17 February 1988.
The date of Whitsun (Pentecost Sunday) in the year of your birth was Sunday 22 May 1988.
The date of Whisuntide in the year of your birth was Sunday 29 May 1988.
The date of Rosh Hashanah in the year of your birth was Monday, 12 September 1988.
The date of Passover in the year of your birth was Saturday, 2 April 1988.
The date of Mardi Gras on your birth year was Tuesday 16 February 1988.

As of 9/4/2010 7:21:11 PM EDT
You are 22 years old.
You are 266 months old.
You are 1,154 weeks old.
You are 8,084 days old.
You are 194,035 hours old.
You are 11,642,121 minutes old.
You are 698,527,271 seconds old.

Celebrities who share your birthday:

Tash Hamilton (1982)J. Michael Straczynski (1954)David Hasselhoff (1952)
Phoebe Snow (1952)Camilla Parker Bowles (1947)Diahann Carroll (1935)
Donald Sutherland (1934)Phyllis Diller (1917)Art Linkletter (1912)
James Cagney (1899)Erle Stanley Gardner (1889)

Top songs of 1988
Roll with It by Steve WinwoodEvery Rose Has Its Thorn by Poison
One More Try by George MichaelLook Away by Chicago
Never Gonna Give You Up by Rick AstleySweet Child O' Mine by Guns N' Roses
Anything for You by Gloria Estefan & Miami Sound MachineGet Outta My Dreams, Get into My Car by Billy Ocean
Man In the Mirror by Michael JacksonThe Flame by Cheap Trick

Your age is the equivalent of a dog that is 3.16399217221135 years old. (Life's just a big chewy bone for you!)

Your lucky day is Monday.
Your lucky number is 2 & 7.
Your ruling planet(s) is Moon.
Your lucky dates are 1st, 10th, 19th, 28th.
Your opposition sign is Capricorn.
Your opposition number(s) is 8.

Today is one of your lucky days!

There are 316 days till your next birthday
on which your cake will have 23 candles.

Those 23 candles produce 23 BTUs,
or 5,796 calories of heat (that's only 5.7960 food Calories!) .
You can boil 2.63 US ounces of water with that many candles.

In 1988 there were approximately 3.7 million births in the US.
In 1988 the US population was approximately 226,545,805 people, 64.0 persons per square mile.
In 1988 in the US there were 2,389,000 marriages (9.7%) and 1,183,000 divorces (4.8%)
In 1988 in the US there were approximately 1,990,000 deaths (8.8 per 1000)
In the US a new person is born approximately every 8 seconds.
In the US one person dies approximately every 12 seconds.

In 1988 the population of Australia was approximately 16,687,082.
In 1988 there were approximately 246,193 births in Australia.
In 1988 in Australia there were approximately 116,816 marriages and 41,007 divorces.
In 1988 in Australia there were approximately 119,866 deaths.

Your birth flower is DELPHINIUM

Your birthstone is Ruby

The Mystical properties of Ruby

Ruby is said to open one's heart to love.
Some lists consider these stones to be your birthstone. (Birthstone lists come from Jewelers, Tibet, Ayurvedic Indian medicine, and other sources)
Carnelian

Your birth tree is
Elm Tree, the noble-mindedness

Pleasant shape, tasteful clothes, modest demands, tends not forgive mistakes, cheerful, likes to lead but not to obey, honest and faithful partner, tends to a know-all-attitude and making decisions for others, noble-minded, generous, good sense of humour, practical.


There are 112 days till Christmas 2010!
There are 125 days till Orthodox Christmas!

The moon's phase on the day you were
born was waxing crescent.

24 ciri-ciri orang yg mencintai kamu

Dalam kehidupan, kamu tidak sedar apa yang dilakukan oleh seseorang terhadap diri kamu merupakan satu petanda yang dia mencintai kamu. Dia tidak ingin kamu tahu secara terus daripada mulut dia tetapi dia menunjukkannya melalui perbuatan. Berikut merupakan 24 ciri-ciri yang dilakukan oleh seseorang yang menunjukkan bahawa dia mencintai kamu.

1.Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.

2.Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak perduli! Baginyayang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya

3.Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.

4.Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.

5.Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ‘selamat pagi’, ‘selamat hari minggu’, ‘selamat tidur’, ‘take care’, dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS nya, kerana dengan kiriman SMS itu lah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza, bukan “aku CINTA padamu”, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.

6.Jika kamu menyambut hari jadi dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.

7.Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya. dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak boleh berulang selalu.

8.Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. Kerana dia menyematkan kata-katamu di hatinya, berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? Pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.

9.Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu – kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya dia berjaya.

10.Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu – kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.

11.Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan menanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada kamu.

12.Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.

13.Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.

14.Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada di dekat kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.

15.Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu dan jauh.

16.Dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar ‘jauh dimata, dekat dihati?’

17.Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.

18.Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.

19.Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.

20.Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan mengajarimu dengan sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia! Bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. Dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu.

21.Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.

22.Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.

23.Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain, dia sentiasa menunggu kamu.

24.Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. Saat kau pinta dia berlalu, dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.

“Pernah adakah orang yang berbuat seperti di atas kepada kamu? Jika ada, jangan pernah mensia-siakan orang tersebut… Kamu akan menyesal melakukannya!”


helo helo helo

Assalamualaikum,,

wahhhh..lama suda ak ndak tengok ini blogku...behabuk2 suda..adehhh. welcome2 people...arini ak mo start update my blog ni...kesian ku tengok...ndakda isinya ba. hii~ ermm first2 ni...ndak tau mo tulis apa..no idea lagik..kepala otak pun hang ba..haha.oke la dimulakan dengan aktiviti ku membuat shoutout td..hehekkk. alhamdulillah...siap juak walupun ndak seberapa. mekasehhh kepada "encek MAZEER MOHAMAD" sbb mengajar aku. agak bingung jugak la..adehhh. benda ni simple actually tp ak yg lambat pick up..dr tadi petang ba ni ak try membuat..tp ndak dapat2..adehh! cerita2 kunu pasal shoutout..mesti kmu tertanya2 apa tu benda kan..haha. shoutout ni adalah ruangan orang be chit chat. bagus juak ada benda ni. kunu dapat kasi meriah2 blog ku la jugak.itu la tujuan ku meletaknya. walaupun ndak seberapa, next tym kalau ak suda pandai ak kasi upgred lagik..kalah tu ko punya shoutout wahai encek mazeer.....hiii :)

Sunday, July 25, 2010

komik kegemaranku part ii


yeehaa ! ini la komik yg paling genius penah d hasilkan oleh penciptanya. thanx to stanley G coz berjaya melahirkan karya yg sgt menggelikan hati para pembacanya. haha. 5 bintang aku bagi utk komik ini. " anda tidak perlu menjadi seperti haiwan untuk hidup,tapi sedikit sebanyak ia membantu" menengok tagline nya ni jak suda buat aku bepikir panjang dan senyum2 sampai ke telinga. kahkahkah! sesuai dgn tajuknya ZOOLOGY. belum kamu kenal lagi watak-watak dlm komik ni pasti pecah perut ketawa.dijamin 100% buatan malaysia. kehkehkeh !

hero utama : rhino
hero kedua : koala
heroin : swallow

RHINO, dia ni kalo dbilang ensem ndak jugak seberapa ensem. suda la botak,besar lagi kepalanya. kalo pakai helmet,memang ndak muat sbb kepalanya besar kan.hahaha! walupun muka 24 jam kencang tp hati baik.kawan baik nya opkoss c koala & swallow. kegemarannya suka lepak di kedai mamak sebab dia menganggap makan minum d tempat yg mahal hanya pembaziran semata2. aku suka perangai nya yg gila2.hehe. itu la dlm cerita ini dia d gelar "sang wira yg menentang ketidakadilan". apa-apa yg dia ndak puas hati dia mesti berusaha menegakkan keadilan. saya suka ! :)

KOALA, dia ni plak mamat jiwang,romantik,demand tp hati tetap baik punya. kegemaranya suka lepak d restoran2 mahal kunu itu melambangkan standard nya sebagai seseorang yg bercita rasa tinggi. di samping tu dia ni jugak suka mengusha perempuan yg di gelarnya ahmoy chantek. walupun dia ni bikin pegal,tp tetap jugak kawan baik nya c rhino & swallow. dia la c "pahlawan yg bercita rasa tinggi dan benci terhadap mereka yg tidak kenal erti romantisme ". hahaha :D

komik kegemaranku part i





Wednesday, July 21, 2010

good bye world cup


Akhirnya, berakhir la suda world cup tahun ni. bila buka channel 805,806,808..suma nya hilang !OMG..aku sgt mengharapkan yg aku dpt tengok game bola yg main lagi. even dia punya ulangan n preview pun aku sanggup tengok berkali2. tp malam ni aku harus terima kenyataan yg channel tuk world cup suda tiada. arrrggghhh tension! u know y?? coz im addicted to futbolaz.......aku suka tengok bola n so on. ramai org sekeliling ku heran n unbelieveable yg aku ni fanatik sama bola sepak. mungkin diorang jarang tengok pompuan yg minat sukan bola ni. repleys believe it or not?? saya memang suka bola. hii~

musim world cup,bole dikatakan kebanyakan perlawanan aku tengok. biar main jam 2.30 pagi,aku bangun tu menengok. lebih2 lagi kalo team pebret ku yg beraksi. hehe.

Monday, July 19, 2010

myLUNCH

arini lunch ku makan nasi goreng ayam salad...perrgghhh sedap !! banyak lagi mayonis nya...adududu nyaman...kenyang aku oo..hihi. tp aku makan d opis ja..sebab malas mo turun makan..kalo opis d ground floor td bole jugak kuar..ini d tingkat 3..malas mo kuar masuk lif..nanti tejumpa lagi sma org2 ndak bekenaan..hihi. Lagipun,kawan2 ku dcni membawa bekal...jarang sekali diorng mkn d luar..bagus jugak save bajet baa org bilang..

abis suda makan ni naa ndak tau apa mo dbuat suda..mo sambung keja,borang blum ada..kalo ada aku start suda menulis data2 d dlm borang ni..tp borang tgh d print skrg..jadi tunggu la..sementara menunggu ni jadi aku buka blog dulu la..manatau ada yg mo d share sesuatu...hehe.

sekarang ni d opis tinggal aku sama c hani jak...kak seri n kak nani kuar jap g bayar bil..c leni lak g tingkat paling atas tingkat 8 menunaikan solat zohor...jadi tinggal la kmi bedua dcni menjaga paspot...takut ada org luar masuk kan..yala barang2 berharga ni kami jaga..kalo ilang abis la....bole2 kena pecat nti oleh boss..huhuhu. dari pagi smpai la mo lunch tadi,aku dpt siapkan 102 paspot suda...alhamdulillah...sebab masuk petang nti aku bole besenang2 suda..tepat jam4 aku suda berenti m'key in..pastu jam5 balekk keja...aduhhh best nya...paling ku tunggu la saat itu.....penat kok...

girls day out





inilah kami....hehe. Go to Tanjung aru beach...syiokkk ehh..thanxx to leezy coz amik kami d IP naik keta honda nya..sampai d beach,cuaca agak mendung jugak la di sertakan dengan angin yg kuat tp belum lagi hujan..ombak pun kuat oo..tu la ni mcm mo beterbangan suma nya..begambar pun ndak pokus org bilang..hehe. tp apa-apa pun syiokk baa...pas begambar2,kami stay2 lagi mkn abc...ada mcm2 abc..abc buah,abc aiskrim...memang nyaman la di makan seswai betul sama keadaan cuaca tym tu...berangin2 lagi...adududu...

Byk kali suda aku ke tanjung aru ni...dgn kawan,family n sama someone....hehe. arrrghhhh...teringat2...ni la ku malas ni...nahh aku ndak da idea suda mo stori pasal tanjung aru ni..mati akal aku..mungkin gara2 aku baru abis makan malam td..telampau sedapp baa sup tulang mama ku masak...smpai blank kepala otak ku mo bepikir...hahaha. apa2 pun,menu malam ni mmg sedap...kenyang aku...mekasehh mak....LOP U :)

Sunday, July 18, 2010

besties friend


ha ni la kawan-kawan ku..sama2 bljar d uitm..(aku,wana,riby,deejay maxie,leez,ily) ada 1 org lagi kwn ku c piyang..dia ndakda tym ni sbb masi berada d kg halaman..hehe. tym ni kami jalan2 cuci mata d tanjung aru..pastu menjamu selera lagi..aduduuuu..nasi goreng + abc buah + aiskrim..nyaman !! :) ooo rindu betul sama kawan2 aku ni..dorang suma bekumpul d kk, aku ja di tawau ni bersendirian..iyala dorang tgh sambung study kan..tak mcm aku ni smpai diploma jak..tp aku hepi sgt2 coz akhirnya aku menjadi graduan UiTM !!! UiTM di hatiku...................:)


Tuan punya blog :)




17 july 2010 : SABTU




Today my birthday..wahhh ndak sangka now im getting older...22 years !! Thanxx so much to all my fwen yg wishh..may ALLAH bless u all.. :) ermmm i think birthday taun ni lebih teruk dari taun lalu....so sad. coz apa yg aku dapat tak seperti yg aku harapkan..means bukan mo dpt kan hadiah or apa2 la..but something else....nothing to share la pasal ni...only me n GOD yg tau...hii~


Berbalik pasal birthday aku ni, thanxx so muchh yg tak terhingga to all my besties fwen..piyang,riby,pasha,deejay maxie,ily(walupun dia ni blum wish smpai skrg myb lupa kot..hihi). Tepat2 jam12 gik diorang da wishh ya...terharu...sure birthday kamu akan ku ingat smpai bila2..hehe. Ada lagi 1 org kawan ku ni c shafwana farhana..kunu dia mo wishh jam 12 mlm tp rupanya tetidur c kawan..kesian jugak..hehe. tp sok nya dia wishh jugak..sori wana,aku main2 ja tu putus kawan kunu...hahaha. jgn amik hati ar..hehe smile :) pizza dr mu ku tunggu.......................hihi

Tidak lupa juga birthday wish from my parents,adek2,lovely kazen & kawan-kawan dekat facebook,sekola balung,uitm dan yg sewaktu dgn nyaa..mekasehhh byk2....iLUVuall muahhhhhh !! :)

Assalamualaikum...

yeahhh..akhirnya tercipta gak blog ku ni...walupun d buat dlm masa yg singkat tp sempat jugak la aku coretkan sepatah dua kata utk pembukaan blog ku ni..hehe..kalo di tengok2 yaa mmg blum byk lagi yg aku share kan dlm blog ku ni...gambar pun blum di simpan..almaklum la budak baru belajar..kalo salah tolong tunjukkan..aku buat blog ni sebab ermmm memang lama suda mo buat tp ndak da masa kan..baru la ni aku ada masa..kiranya blog ni mcm diari jugak la tp moden punya suda..ndak paya tulis2 lagi dlm buku...kira kita bole luahkan apa yg terbuku d hati dan luahkan apa2 jak yg terlintas d fikiran...bagus jugak yaa....hihi. aduii..mcm buat ucapan plak aku ni..just sekadar mo share kegembiraan ku menghasilkan blog yg tidak seberapa ni baa..hihi. 1st mmg la kan...blum ada apa2 nya lagi...next level aku akan upgrade la ni blog aku....tunggu......................:)